Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Jejaki 3 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengenalpasti tiga individu yang...

Sudahlah! Jauhi Politik Poyo...

MAHASISWA aset intelektual. Justeru, menjadi tonggak utama dalam kemajuan bangsa dan negara. Jadi, apabila...

Model Benar Lelaki Sentuh...

SEORANG model yang membenarkan payudaranya diraba di khalayak ramai, kini berdepan hukuman penjara...

PAN Kenal Pasti Calon...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) perlu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil...

Sanusi Ejek TMJ, Pemuda Pas Johor Mohon Maaf

JOHOR BAHRU – Gara-gara ‘kenakalan’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengusik pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Dewan Pemuda Pas Negeri Johor memohon maaf kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.

Ini susulan ‘percakaran’ di media sosial antara Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dengan Tunku Mahkota Johor.

Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, pihaknya mengambil maklum akan perlawanan yang berlangsung antara pasukan JDT dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, semalam.

Menurutnya, pihaknya mengambil maklum berlaku salah faham dikhuatiri berpunca kekhilafan laras bahasa digunakan Muhammad Sanusi kepada Tunku Mahkota Johor lantaran teguran yang diberikan merujuk kepada isu tunggakan gaji para staf dan pemain KDA FC.


“Tanpa niat menderhaka, kami percaya bahawa beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Menteri Besar Kedah hanya membangkitkan semangat kesukanan, bukan atas dasar kepentingan peribadi.

“Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dengan rendah hati ingin merafak sembah ampun kepada Tunku Mahkota Johor di atas kekhilafan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan dimuatnaik dalam laman Facebooknya hari ini. -K! ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori