Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Op Selamat: Polis Melaka...

MELAKA - Polis Melaka terus memberi penumpuan terhadap kes pecah rumah dan premis...

Perkeso Kedah Bawa 10...

ALOR SETAR - Seramai 10 anak yatim di sini teruja dan gembira apabila...

Penduduk Marawi Kembali ‘Bernyawa’...

MARAWI - Seorang penduduk, Khaliluddin Ismail pulang ke rumahnya di bandar ini pada...

Budak Lelaki Hilang Di...

TOKYO - Seorang budak lelaki tujuh tahun yang dikatakan 'hilang' selepas ditinggalkan sendirian...

Penghantar Barang Panik, Cari Pemilik Bungkusan Di Kubur

Harapnya pemilik barang ini tidak menuntut barangnya.

Sebenarnya siapa yang pesan barang ini? Seorang penghantar barang panik kerana terpaksa cari pemilik bungkusan di kubur.

Demi tugas, penghantar barang ini tetap menjalankan tugas yang diamanahkan iaitu menghantar barang kepada penerima.

Namun apabila sampai di lokasi penghantaran, suasana sunyi sepi kerana alamatnya adalah di kawasan perkuburan.

Kisah penghantar barang ini mendapat perhatian netizen kerana perlu menghantar bungkusan yang beralamat di sebuah kubur sehingga menyebabkan dia sukar mencari pemilik barang tersebut, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke akaun Instagram bernama @dagelan.

Menerusi video tersebut, penghantar barang itu menunjukkan bungkusan yang perlu dihantar namun, keliru mencari alamat penerima.

‘’Alamat kubur, kubur Gelam Jaya belakang MI Nurul Falah. Ini, saya di tanah perkuburan,’’ kata penghantar barang itu..


‘’Yang pesan bungkusan ini mana?’’ jeritnya.

Kejadian itu berlaku di kawasan Pasar Kemis, Tangerang, Banten.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Ya, tidak perlu jerit-jerit hantar bungkusan itu, nanti kalau ada yang sahut, lari,” kata seorang netizen.

‘’Tunggu sampai petang nanti dik, saya keluar sendiri,” kata netizen lain.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori