Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Daim Kata Ada Menteri...

MELAKA - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof,...

Harimau Kumbang Dalam Misi...

GEORGETOWN - Perlawanan terakhir skuad Harimau Kumbang musim ini menentang UiTM FC Jumaat...

Doktor ‘Badut’ Rawat Pesakit...

MELBOURNE – Sekumpulan doktor di sini memakai kostum badut ketika membuat rawatan terhadap...

Halang Pintu Elak Suami...

BEIJING - Seorang guru digantung tugas selepas video menunjukkan dia menghalang pintu kereta...

Pesawat Hawk Milik TUDM Terhempas Di Butterworth

KUALA LUMPUR – Tentera Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan kemalangan melibatkan pesawat pejuang Hawk miliknya sebentar tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Tentera Udara, kejadian berlaku pada lebih kurang jam 10.07 malam di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth di Pulau Pinang.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita tidak sahih,” menurut kenyataan itu.

Pihak media setakat ini mendapat maklumat berlaku satu kematian dan satu kecederaan akibat kejadian tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan pihak TUDM agar memberikan laporan terperinci dan siasatan punca kejadian dimulakan.


“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang meninggal dunia dan seorang lagi yang cedera.

“Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan segera, Kementerian Pertahanan telah diarah salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” katanya.- Mynewshub

 

Kronologi Pesawat Hawk Terhempas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori