Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bela Guan Eng Tindakan...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyifatkan tindakan...

1,261 Bot Laut Dalam...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,261 bot menangkap ikan laut dalam masih beroperasi dan...

Asyraf Jadikan Pengislahan Prasyarat...

PENGISLAHAN perlu dijadikan sebagai prasyarat utama untuk melakukan perubahan segera buat ahli dan...

Pencerahan Untuk 11 Mitos...

Perjanjian Perkongsian Trans-Pacifik (TPPA) merupakan kontroversi terbaharu yang dibangkitkan pembangkang dan NGO tertentu,...

Petugas Parlimen Meninggal Dunia Akibat COVID-19

KUALA LUMPUR: Pejabat Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengesahkan satu kes kematian melibatkan seorang petugas Parlimen yang berusia 54 tahun dan tidak diketahui menghidap sebarang penyakit kronik sebelum ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Param Jeeth Singh berkata mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, semalam selepas disahkan positif COVID-19, awal bulan ini.

Menurutnya, pesakit mula mengalami gejala demam dan batuk pada 3 November lalu dan telah melakukan ujian saringan COVID-19 RT-PCR pada 8 November dengan bacaan nilai CT adalah 17.4.

“Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Lembah Pantai telah menghubunginya pada hari yang sama untuk siasatan dan mendapati status COVID-19 kes adalah Kategori 2a (risiko rendah dan gejala ringan).

“Kes telah diarahkan untuk ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) bagi penilaian klinikal dan seterusnya rawatan susulan jika berkaitan.

“Pada 9 November 2021, kes telah hadir ke CAC di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar dan memaklumkan yang beliau mengalami sesak nafas.

“Penilaian klinikal menunjukkan status COVID-19 kes adalah kategori 4 dan beliau dengan segera telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan kemudiannya telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Dr Param Jeeth berkata, siasatan mendapati pergerakan beliau sebelum ini hanya meliputi tempat kerja dan rumah sahaja serta tidak terlibat dengan perjumpaan bersama ahli Parlimen dalam tempoh dua minggu sebelum dikesan bergejala.

“Kes juga sudah tidak hadir bekerja sejak mula mengalami gejala dan hari terakhir hadir ke pejabat adalah pada 3 November 2021.

“Seramai empat orang kontak rapat iaitu dua orang kontak di rumah dan dua orang kontak di tempat kerja telah dikenal pasti dan kesemuanya telah menjalani kuarantin sebaik sahaja dikenal pasti,” katanya.

Justeru, katanya pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori