MELAKA: Calon PH Bukit Katil, Adly Zahari dinamakan calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan hari ini.
Menurut Anwar, keputusan itu adalah dibuat atas semangat muafakat melibatkan komponen dalam PH.
UtusanOnline-