Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kekecewaan Berganda Buat Harimau...

KUALA LUMPUR - Sudahlah beraksi dalam stadium hampir kosong, Harimau Malaya yang menetapkan...

KL2017: Makaf Puas Hati...

MELAKA - Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) berpuas hati dengan prestasi cemerlang skuad negara...

Tergamak Muhyiddin Seru Melayu...

PUSINGAN U... Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa...

Najib Ucap Selamat Menyambut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Menyambut...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak.

Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian pengundi. Bab nak mansuh tol ni lepas ni dan sampai bila² jangan dijadikan janji manifesto. Sebab rakyat dah cerdik, dah terkena sekali masa PH tempohari, takkan nak jadi mangsa lagi kali kedua.

Kalau PH yang penuh dengan pemikir otak level A pun takda idea, apa yang boleh diharap dengan PN? Tengok Mat Jargon berkempen tarik wheelchair tu pun rakyat Melaka dah tak boleh nak tahan gelak.

Kedua, Azmin adalah liabiliti terbesar PN, dilantik pulak sebagai Panglima Perang, memang kena sangat la. Strategi cytro BN sangat tersusun, mereka serang kepala perang dulu. Habis dilondeh Azmin sampai Salt Bae jadi turmeric Bae!

Ketiga, PN cuba tiru strategi Pas, dengan menonjolkan Abah sebagai ikon PN. Pas dulu letak arwah TGNA. Tengok gambar arwah berlinang airmata, tadah tangan berdoa mohon pertahan kerajaan sediada, perantau yang nak balik undi BN pun boleh uturn pangkah Pas. Sebab arwah TGNA diakui punya aura tersendiri.

Abah? Tengok gambar pun orang dan menyampah. Tambah pulak dalam sidang media duk membodohkan sipolan sipolan, koyak tak bertempat. Senang cerita, Rauf yang korang duk kata makan pasir sampai perut buncit tu pun lebih popular. Buktinya, dia menang. Mas yang ditonjolkan Abah sebagai bakal KM terduduk.


Keempat, ini paling besar. Masa MN, Najib telah dibersihkan sesucinya oleh Pas. Di peringkat akar umbi Pas, mereka melihat Najib sebagai individu teraniaya. Dan kebanyakkan rakyat juga punya pandangan yang sama, sebab itu bossku mencetus fenomena.

PH, PN hari² duk bawak isu Najib, duk caci maki Najib. Sekali lagi diulang, rakyat dah cerdik, dah boleh menilai. Dulu cerita fitnah dan persepsi negetif ni mudah diterima sebab rakyat ingin tahu. 22 bulan PH jadi kerajaan, mereka “dah tahu” semua. Jadi bahan kempen sebegini bukan sahaja tak berkesan malah “makan diri”.

Jadi jika ada PRN lagi lepas ini, cukup cukuplah duk kitar isu Najib. Cari altenatif lain pulak.

Kesimpulannya, kalah menang tu adat bertanding. Dan kali ini BN kembali ke posisi terbaik. Usah gundah, boleh cuba lagi pada PRN² berikutnya.

Eerrt tumpang tanya, bila pulak Abah Muhyiddin nak tekan butang kat Johor?

**Penulis asal gagal dikesan, copy paste dari group wasap

PN Tidak Kalah, Prestasi Masih Kekal – Rosol

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori