Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Kedah Ke-29 Pernah...

ALOR SETAR - Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang dimasyhurkan sebagai Sultan...

Situasi Stabil Di Sempadan...

BEIJING: China mendakwa keadaan di sempadan Himalaya yang terletak antara republik itu dengan...

Liridon, De Paula Sah...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain berbisa Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang sensasi Kuala...

Gila! Pelanggan Terkejut Dicaj...

BARU sahaja diumumkan mengenai harga baru siling produk RON 95 kini menjadi RM2.08 seliter,...

Polis Tahan Empat Lelaki, Rampas Rokok Pelbagai Jenama Tidak Bercukai

BUKIT MERTAJAM: Polis merampas 1.7 juta batang rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth semalam.

Dalam operasi bermula pukul 7.50 pagi itu, empat lelaki warga tempat turut ditahan untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah premis kosong yang terletak di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam.

“Dalam serbuan itu, tiga lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan dan polis turut menjumpai pelbagai jenama rokok disyaki tidak bercukai yang disimpan di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan penemuan itu, polis menyerbu beberapa premis lain di sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth dan merampas sejumlah rokok pelbagai jenama.

Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an ditahan.

Hasil semua serbuan tersebut polis turut merampas empat buah van dan rokok pelbagai jenama membabitkan nilai RM482,000.


“Hasil siasatan awal mendapati, premis-premis tersebut telah dijadikan gudang penyimpanan rokok tidak bercukai sebelum dijual kepada pelanggan mengikut permintaan di sekitar Pulau Pinang” katanya.

Pemeriksaan lanjut mendapati, dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Menurut Shafee, kesemua suspek dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Awani-

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori