Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Fitnah WSJ: Najib Mulakan...

BERIKUTAN fitnah melampau dari akhbar antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri,...

Empat Lelaki Aktif Samun...

GEORGE TOWN - Empat lelaki termasuk dua remaja aktif kegiatan samun di Daerah...

Kereta Dikhuatiri Terjunam Ke...

SEBERANG PERAI - Sebuah kereta dikhuatiri terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam...

Hujan Tangguh Emas Ke-4...

INCHEON - Malaysia terpaksa menunggu sehari lagi untuk mengesahkan pingat emas dalam acara...

PRN Melaka: Calon Positif COVID-19 Dibenar Bertanding

MELAKA: Tiada halangan bagi calon yang positif COVID-19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

Bagaimanapun, beliau berkata borang pencalonan calon harus dihantar pada masa yang ditetapkan melalui wakil calon menerusi pencadang atau penyokong.

“Tiada masalah untuk mereka (calon) bertanding, asalkan mereka menghantar borang pencalonan itu pada masa ditetapkan,” katanya kepada Bernama di Menara Persekutuan di sini hari ini.

Beliau berkata ujian saringan COVID-19 melibatkan calon juga tidak diwajibkan namun semua calon digalakkan melakukannya.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar, SPR turut menempatkan sebuah khemah khas di pusat pencalonan sekiranya terdapat calon yang bergejala Isnin ini.

“Khemah ini akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama SPR. Di pintu utama pusat penamaan calon, calon akan diperiksa saringan suhu badan, sekiranya suhu direkodkan melebihi 37.5 darjah Celcius, mereka akan dihantar ke khemah bergejala ini,” kata Abdul Ghani.


Beliau berkata segala proses semakan dan penyerahan borang penamaan calon akan diuruskan oleh pegawai SPR yang bertugas di khemah untuk mereka yang bergejala itu.

Katanya sebanyak 12,900 petugas daripada pelbagai agensi termasuk KKM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan terbabit pada PRN ini.

“Kita berharap semua penyokong parti politik yang diwakili bakal calon tidak berkumpul serta berarak di kawasan pusat penamaan dan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya. — BERNAMA

PRN Melaka Saksi Pertandingan Sekurang-Kurangnya 3 Penjuru

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

SEDANG HANGAT DIBACA – ‘Raja Dadah’ Seperti Pablo Escobar Bakal Muncul Di Malaysia?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori