Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lagi Berita Orang Kita...

TAK habis dengan berita tiga orang warganegara kita yang bikin malu di negara...

Didie Tidak Berdendam, Serah...

KEMELUT yang melibatkan penerbit drama, Datuk Rafiena Ezanee Ramli dengan pelakon dan pengacara...

Pihak Berkuasa Selatan Thai...

NARATHIWAT - Pihak berkuasa selatan Thailand menahan dua lelaki serta merampas sejumlah 402,000...

Video: Seram… Pontianak Main...

JIKA rakyat Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan gimik seram wanita berkebaya marah, terbaharu...

PRN Melaka: Mas Ermieyati Tewas, Sulaiman Dan Adly Mendahului

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Menteri dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin tewas di tangan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara.

Rauf mendapat 3,558 undi manakala Mas Ermieyati memperolehi 3,195 sementara calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan 489 undi.

Sementara di DUN Lendu yang menampilkan calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali terus mendahului dengan 3,293 undi mengatasi dua lagi pencabar, masing-masing memperoleh 908 undi (PN) dan 777 undi bagi calon PH.

Manakala calon Ketua Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari mendahului di kerusi Dun Bukit Katil dengan 4,041 undi setakat pukul 7.30 malam, menewaskan calon BN (3,757), PN (2,396) dan Bebas 81 undi.
PRN Melaka terpaksa dilakukan ekoran pembubaran Dun pada 4 Oktober setelah empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori