PETALING JAYA – Orang ramai yang menyaksikan siaran langsung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di media sosial marah apabila kelihatan penyokong sebuah parti politik berasak-asak dan tiada penjarakan fizikal.
Beberapa siaran langsung di media sosial itu menunjukkan orang ramai hadir di sebuah hotel untuk menunggu keputusan undian yang dipaparkan menerusi papan layar yang disediakan untuk tatapan umum.
Sementara itu, keadaan orang ramai dilihat begitu sesak sehingga mendatangkan kemarahan netizen yang memberi komen menerusi video langsung tersebut.
“Mana pematuhan SOP? sesak-sesak tak ada penjarakan langsung, Hidup Covid-19, “ ujar @Angkol Pasola
“Polis mana, tak saman pun orang ramai sesak macam ini,” komen @Shahrul Nizam pula.
“Alahai, jangan jadi macam PRN Sabah, kes meningkat sebab tak patuh SOP,” kata @Kimmy.
-Kosmo Online