Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Sahabat Bebas Tuduhan...

SHAH ALAM – Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang pasti sangat bererti buat...

Operasi SAR AirAsia QZ8501...

JAKARTA - Usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501...

Kapal Angkasa Baharu NASA...

CAPE CANAVERAL, Florida – Sebuah kapal angkasa baharu Amerika Syarikat(AS) yang direka untuk...

1,000 OKU Kunjungi Karnival...

PUTRAJAYA - Seramai 1,000 orang kurang upaya (OKU) dijangka mengunjungi Karnival Kerjaya Kemahiran...

PRN-Melaka- Tiada Perarakan, Tanpa Penyokong

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung dalam suasana norma baru di 28 pusat penamaan yang akan dibuka pada pukul sembilan pagi.

Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat persiapan rapi di semua pusat penamaan calon itu yang akan menyaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Setakat ini, lima parti iaitu BN, Perikatan Nasional (PN), PH, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta seorang calon bebas, telah menyatakan hasrat bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Dijangka seramai 91 calon akan mengemukakan borang pencalonan.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tidak seperti sebelum ini, proses penamaan calon dalam suasana norma baru kali ini berlangsung tanpa perarakan penyokong-penyokong yang mengiringi calon.


Kebenaran hanya diberikan kepada calon, pencadang dan penyokong calon atau mana-mana dua orang daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka untuk masuk ke dalam pusat penamaan bagi mengemukakan kertas penamaan calon.

Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding.

Sementara itu, cuaca cerah dan baik walaupun sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi di kesemua tiga daerah iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat Adun menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.

Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.-Bernama

PRN Melaka: Adly Zahari Hadapi Persaingan 4 Penjuru

PRN Melaka Saksi Pertandingan Sekurang-Kurangnya 3 Penjuru

PRN Melaka: Calon Positif COVID-19 Dibenar Bertanding

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori