Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kari Kambing, Roti Sardin...

BAGAN DATUK - Kari kambing, roti sardin dan teh 'kaw' antara hidangan istimewa...

Pengalaman Pahit Eskalator Rosak...

MIRI - Hari ini menjadi kenangan buat anak kelahiran Limbang, Nurashikin Abdul Rahman...

Kongres Khas DAP: LGE...

SHAH ALAM - Mungkin bimbang kes skandal rasuah hartanahnya mula dibicarakan di mahkamah...

Piala AFF Suzuki: Malaysia...

SHAH ALAM - Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama...

PRN Melaka: ‘Post Mortem’ Kemenangan BN Isnin Depan

SEREMBAN – Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan akan melakukan ‘post mortem’ secara terperinci pada Isnin minggu depan walaupun berjaya menang besar dalam pilihan raya itu kelmarin.

Mohamad berkata, ‘post mortem’ itu bertujuan bagi menilai dan merangka tindakan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuhkan BN di peringkat negeri dan seluruh negara.

“Saya sudah arahkan ‘war room’ untuk buat kajian. Dalam berperang pelbagai medan tempur yang kita lalui dan medan tempur itu bukannya seragam.

“Ada pelbagai corak dan apa yang hendak dikaji adalah keberkesanan jentera kita (BN) sebab kepelbagaian ini berbeza-beza mengikut tempat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (Persona) Kali Ke-6 di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi BN itu memberitaghu, pihaknya berdepan pelbagai keadaan dan situasi sepanjang PRN Melaka berlangsung, namun ia dijadikan penilaian bagi menggariskan strategi serta langkah yang perlu diambil pada masa hadapan.

“Jadi keadaan ini kita kutip dan diambil untuk dijadikan sebagai uji kaji. Kita tak mahu orang kata ‘jatuh terduduk’.


“Alhamdulillah kita menang besar di PRN Melaka kerana dapat menyesuaikan keadaan pada ketikanya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya turut mengambil isu-isu yang boleh dijadikan sebagai teladan sekali gus memberi contoh yang boleh diikuti.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditawarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori