Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

4,730 Kes Didakwa Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara merekodkan sebanyak 4,730 kes pendakwaan di bawah...

Kad Ketibaan Elektronik Baharu...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) akan melancarkan kad ketibaan...

Kemalangan 8 Kenderaan Di...

SEKURANG-KURANGNYA lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan bertembung sesama sendiri di kilometer 5.4 Jambatan...

PRU-15: PM Jangka Jumpa...

BAYAN LEPAS : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa beliau mungkin...

Terpulang SPR Untuk Longgarkan SOP Hari Mengundi – Hisham

Terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, seperti membenarkan penyokong membawa bendera parti, kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata sebagai jentera parti, adalah penting untuk setiap parti memastikan semua SOP dipatuhi bagi mengelak sebarang risiko.

ā€œItu kena tanya SPR, perjalanan hari membuang undi berada di bawah tangungjawab mereka. Sebagai jentera parti, kita perlu yakinkan rakyat keluar tunaikan tanggungjawab mereka,ā€ kata Hishammuddin yang mengetuai pengurusan pandemik COVID-19 di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerajaan mempunyai perancangan melonggarkan SOP PRN Melaka yang ketat, termasuklah membenarkan penyokong membawa bendera lambang parti seperti kebiasaan.

Dalam pada itu Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata pada undi awal semalam seramai 8,332 atau 91.3 peratus anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya proses mengundi awal di kesemua lokasi termasuk di kem-kem ATM di Melaka berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

ā€œMelalui maklum balas yang saya terima, pematuhan SOP pembuangan undi yang telah ditetapkan oleh pihak SPR, berada pada tahap yang baik,ā€ katanya.


Hishammuddin juga mengucapkan terima kasih kepada anggota tentera yang telah mengundi dan berharap suasana tenang dan tahap pematuhan SOP seperti hari undi awal semalam, dapat dikekalkan sepanjang tempoh berkempen yang hanya berbaki dua hari sahaja lagi.

ā€œLebih penting, dapat dikekalkan pada hari pembuangan undi pada 20 Nov nanti. Insya-Allah,ā€ katanya.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Melaka mempunyai 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seramai 495,195 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

– Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori