Sejujurnya Muhyiddin memang takut untuk tumbangkan Kerajaan pimpinan BN di Johor.
Dia tuduh UMNO jahat kerana tumbangkan kerajaan sendiri di Melaka. Apakah dia tidak jahat kerana tumbangkan kerajaan PH melalui langkah Sheraton? Puncanya, dia mahu jadi PM.
Sebab itu bukan UMNO yang jahat. Tetapi Idris Harun yang perangai sama jahat macam Muhyiddin. Muhyiddin mahu jadi PM, Idris pula mahu jadi Ketua Menteri sekali lagi.
Tembelang Idris pecah kerana dia dijanjikan jawatan Ketua Menteri oleh PH. Idris calon PKR di Asahan. Terbukti PKR dalang yang jatuhkan Kerajaan BN di Melaka.
Justeru, tidak perlulah Muhyiddin keluarkan perkataan “bodoh”. Silap haribulan, kalau berlaku PRN Johor, PPBM tidak menang satu kerusi pun. Itu yang Muhyiddin takut.
Petikan: FB Puad Zarkashi