Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sultan Kelantan Berkenan Ziarahi...

KOTA BHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menziarahi Menteri Besar Kelantan...

Ahli Parlimen Kuching Kecam...

Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu...

Penyelam Cuba Hampiri Badan...

PASUKAN penyelam Indonesia hari ini membuat percubaan sulung untuk menghampiri badan utama atau fiuslaj...

Joe Biden Angkat Sumpah...

WASHINGTON - Joe Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat...

Rakyat Malaysia Rozanna Mat Nanyan Meninggal Dunia Di Korea Selatan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan koma di Hospital Myongji, Korea Selatan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.46 pagi Rabu (waktu Malaysia).

Pemergian Allahyarham Rozzana yang berusia 35 tahun itu disahkan kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee, 46.

Nur Diana yang kini berada di sana berkongsi khabar duka itu di halaman Facebook peribadinya.

“Bismillah. Perjuangan Rozzana berakhir jam 10.46:35 (waktu Korea Selatan) 9.46:35 (waktu Malaysia) 24/11/2021,” kata Nur Diana.

Menurut Nur Diana, jenazah Rozzana akan dikebumikan di Korea Selatan tanya menyebut lokasi pengebumian.


Allahyarham Rozzana sebelum ini dilaporkan tidak sedarkan diri sejak 2 Oktober lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas.

Pekerja di kilang pembuatan buku dan kalendar di Incheon itu ditidurkan oleh pasukan perubatan bagi mengelak daripada diserang sawan.

Susulan itu, Kedutaan Malaysia di Seoul berusaha menghulurkan bantuan kepada Rozanna selepas berita rayuan keluarga Allahyarham dilaporkan oleh akhbar Harian Metro pada 10 Oktober lalu.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori