Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Pelawak Tuduh Trump Cuba...

LOS ANGELES - Pelawak terkenal Amerika Syarikat, Kathy Griffin, semalam menuduh Donald Trump...

Ismail Sabri Silap Umum...

Datuk Seri Ismail Sabri tersilap apabila mengumumkan Khairy Jamaluddin akan kekal sebagai Menteri...

Dakwah Lebih Santai

KUALA LUMPUR - Apabila disebut saja mengenai TikTok, pastinya ia bukan satu aplikasi...

Tok Mat Jangka PRU15...

RAWANG - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diramal akan berlangsung pada akhir 2020...

Bersatu Bukan Mahu Menang, Tapi Lemahkan UMNO – Razlan

KUALA LUMPUR – Bersatu mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka bukan untuk menang, sebaliknya mahu melihat UMNO dilemahkan, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Razlan Rafii.

Mynewshub

Menurutnya, Bersatu sengaja meminta kerusi yang tidak akan diterima UMNO sebagai syarat untuk kerjasama.

“Bersatu bukan mahu menang di Melaka, mereka mahu melihat UMNO dilemahkan di Melaka.

“Mereka sudah meletakkan asas kerusi yang tidak akan diterima oleh BN di Melaka, Bersatu mahukan lapan kerusi untuk bertanding, belum masuk lagi PAS dan Gerakan.

“Bersatu mahu bertanding di Masjid Tanah dan Jasin (kerusi kuat UMNO).

“Strategi ini memang sengaja dibuat kerana mereka tahu, ini adalah permintaan tidak masuk akal dan akan ditolak oleh UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, strategi Bersatu berjaya menggamit PAS menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).


Dia berkata demikian susulan keputusan PAS menggunakan lambang PN bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Razlan berkata rancangan jangka panjang Bersatu adalah untuk menggantikan UMNO.

“Perancangan Bersatu untuk menggantikan UMNO tidak pernah luput dalam grand design (rancangan besar) mereka.

“Mereka tidak khuatir dan fokus kepada kerja mereka, tujuan mereka menggantikan UMNO bukan untuk PRN Melaka, tujuan mereka untuk menggantikan UUMNO semasa PRU15 nanti,” katanya.

Baca: PRN Melaka: PAS Guna Lambang PN

Juga: 2 Penganjur Aktiviti PRN Melaka Kena Kompaun RM24,000

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori