Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

RM2.5 Juta Tangani Hakisan...

MASJID TANAH : Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan kerajaan bagi menyelamatkan pantai Kampung Nelayan...

Saifuddin Kurang Ajar Dengan...

PETALING JAYA - PAS berkata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail patut meletakkan...

Majlis Presiden PN Puas...

SHAH ALAM - Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyambut baik taklimat mengenai...

Kilang Barang Lusuh Di...

SHAH ALAM - Sebuah kilang barangan lusuh di kawasan perindustrian Batu 22, Ijok...

Rundingan Nuklear: Rusia, China Kritik Ancaman AS Kepada Iran

RUSIA pada Jumaat mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana mengancam Iran dengan ketegangan diplomatik di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ancaman itu dikemukakan AS atas alasan Iran tidak memberi kerjasama kepada badan pemantau berkenaan.

Bercakap pada sidang media yang turut dihadiri Duta China Wang Qun, Duta Rusia ke IAEA, Mikhail Ulyanov menyifatkan tindakan Amerika sebagai tidak membantu dan tidak produktif.

“Rakan sejawatan kami dari Amerika sudah hilang sabar. Tetapi saya percaya, kita perlu mengawal emosi kita.

“Mungkin AS telah lama tidak berkomunikasi dengan Iran dan terlupa yang Iran tidak akan berbuat sesuatu di bawah tekanan.

“Jika mereka ditekan, mereka akan melawan,” kata Ulyanov kepada pihak media di Vienna pada Jumaat.


Sebaliknya, katanya, Moscow meminta Amerika mengunakan pendekatan rundingan mirip perniagaan, tanpa perlu mengancam mana-mana pihak.

Rundingan bagi mengembalikan semula Perjanjian Nuklear 2015 dijadual disambung semula 29 Nov.

Pada Rabu, Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi mendedahkan, pihaknya tidak dapat memeriksa fasiliti nuklear di Karaj.

Ia kerana, fasiliti tersebut tidak mempunyai kamera dan alat pemantauan lain yang dipasang di premis itu.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori