Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

TUDM Secara Rasmi Terima...

LANGKAWI - Pesawat tentera keempat dan terakhir Airbus A400M secara rasmi diserahkan kepada...

Hanya 10 Hari, Konsert...

KARTUN animasi Didi & Friends telah melakar sejarah selepas tayangan Konsert Hora Horey...

Seludup Migran: 2 Peniaga...

KUALA KANGSAR - Dua peniaga kain batik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Curi Pakaian Di Kompleks...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai pakaian di sebuah kompleks beli-belah, seorang penganggur...

‘Samseng Jalanan’ Sedang Diburu Polis

PETALING JAYA: Orang ramai diminta tampil memberi maklumat kepada polis untuk membantu mengesan individu yang dirakam bertindak seperti samseng jalanan dalam kejadian di lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang seperti yang tular baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 59 saat itu, pemandu kereta terbabit dilihat menghalang seorang penunggang motosikal dan menendang beberapa kali motosikal mangsa serta mengugutnya.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana individu berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan si pelaku dan mangsa dalam kes berkenaan.


“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu dengan menyalurkan maklumat agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi 019-8660324,” katanya.

Wanita Antara 9 Ditahan Dalam Ops Samseng Jalanan

Punggung Ditikam Samseng Jalanan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori