Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Nelydia Senrose Dikenakan Waran...

KUALA LUMPUR - Gara-gara tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata...

Lelaki Berkaki Ayam Untuk...

SEORANG lelaki mendedahkan dia tidak pernah memakai kasut dan berkaki ayam sejak empat tahun...

“Rebah & Pendarahan Otak…...

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman terkejut apabila suaminya iaitu Abdul...

Pertandingan Empat Penjuru Pada...

KUALA KANGSAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan...

“Saya Tak Guna Mata Wang Kripto” – Dr Mahathir

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam aktiviti penggunaan serta mempromosikan mata wang kripto.

Dr Mahathir berkata, pejabatnya sebelum ini pernah membuat laporan terhadap iklan yang mendakwa beliau melabur dan menggalakkan penggunaan mata wang kripto berkenaan.

“Saya tidak mengguna mata wang kripto.

“Saya juga tidak galakkan orang mengguna (mata wang kripto) tersebut.

Saya pegang kepada ‘flat money’ (mata wang flat) atau wang fizikal.

“Jika ada promosi dalam iklan atau laman web yang kononnya saya galakkan kegunaan mata wang kripto, ia palsu,” katanya menerusi Facebook beliau pada Isnin.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ada antara mereka yang terpedaya dengan iklan-iklan tersebut.

Malah, katanya, sesetengah iklan itu seolah-olah disiarkan oleh media tempatan.

“Saya difahamkan media tempatan juga sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Pihak awam perlu memaklumkan bahawa perkara seperti ini tidak mudah ditangani kerana pelbagai laman web dan iklan palsu dapat dibangunkan dengan cepat.

“Tutup satu, timbul sepuluh,” ujarnya.


Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, penipuan dan pemalsuan mengguna nama beliau telah berlaku sebelum zaman media sosial dan internet.

Ujarnya, ada pihak yang terpedaya dengan promosi palsu peluang niaga yang kononnya melibatkan diri beliau.

“Sesiapa yang sangsi, boleh periksa dengan pejabat saya.

“Saya tidak pernah dan tak akan terlibat dengan apa-apa skim cepat kaya,” jelasnya.

Dr Mahathir berkata, terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa beliau mempunyai kekayaan berbilion ringgit.

“Semasa dalam kerajaan saya sudah mengisytiharkan harta.

“Kalau ada yang masih nak percaya saya ada kekayaan berbilion, terpulanglah,” kata beliau. – Sinar Harian

Baca: Berkali-Kali Suruh Buat RCI 1MDB Dulu, Kenapa Tak Buat?

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori