Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Reaksi Scha Al-Yahya Bila...

KAMI yakin mereka yang mengikuti perkembangan anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara...

Sokong Keputusan Kabinet Hentikan...

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu menyokong penuh langkah drastik Kabinet yang menghentikan sementara...

Masjid Putra Dibuka Semula...

PUTRAJAYA - Masjid Putra yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas...

Negara Anggota ASEAN Digesa...

KUALA LUMPUR - Negara anggota ASEAN digesa melakukan usaha bersepadu yang serius untuk...

Semakan Gaji Minimum Diteliti Bulan Depan

KUALA LUMPUR : Perbincangan dan perincian lanjut membabitkan isu semakan semula terhadap gaji minimum dijangka dibuat melalui Mesyuarat Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), Disember depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN), membentangkan hasil dapatan dan syor Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 untuk dipertimbangkan melalui MPGN, semalam.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, katanya, termasuk saranan majikan yang mahu kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan, manakala pekerja pula mengesyorkan supaya kadar gaji minimum dilaksanakan kini dapat dinaikkan.

“Majlis belum membuat sebarang keputusan pada mesyuarat itu. Perbincangan dan perincian lanjut akan bersambung dalam mesyuarat MPGN akan datang.

“Mesyuarat itu dijangka diadakan pada 9 Disember ini sebelum dikemukakan untuk pertimbangan serta persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri kelak,” katanya dalam kenyataan media.


Saravanan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat dasar di Dewan Rakyat, Selasa lalu berkata, cadangan kadar gaji minimum baharu ditetapkan kepada RM1,500 sebulan wajar dilaksanakan secara berperingkat.

Ia, katanya, bagi mengelak daripada memberi tekanan dan membebankan majikan serta menjejaskan operasi syarikat terutama sektor Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), di samping mengelak pekerja terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata, beberapa perkara juga perlu diambil kira bagi memberi gambaran mengenai situasi pasaran tenaga kerja semasa, antaranya menetapkan formula gaji minimum dan petunjuk sosio ekonomi meliputi kriteria asas.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori