Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nad Tepis Tuduhan Serang...

PETALING JAYA - Pelakon Nad Zainal menafikan tuduhan terbaharu kononnya dia telah menyerang...

Padah Sebar Berita Palsu...

NILAI - Pemilik akaun Twitter 'No War But Class War’ yang menciap status...

Zambry Pandu Sendiri Lori...

KAMPAR - Berpakaian seperti pekerja perkhidmatan am Majlis Daerah Kampar (MDKpr), Datuk Seri...

Hampir 500,000 Akaun Pendeposit...

KUALA LUMPUR - Hampir 500,000 akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang membabitkan jumlah...

Senarai RCI Tabung Haji Siap, Dipersembah Kepada Agong

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Jemaah Menteri sudah membuat keputusan berhubung senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH), Jumaat lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata ia akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum diumumkan.

Selain itu, beliau berharap RCI berkenaan dapat melunaskan tugas dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

“Kita tertangguh oleh sebab sebelumnya ada (ahli jawatankuasa) yang kita lantik, dia tak setuju dan sekarang ini, sudah pun ada persetujuan dan insya-Allah kita akan kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Selepas itu akan diisytiharkan jawatankuasa RCI ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan sebelum ini, bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai TH, pada 14 Julai lalu.

Ia antara lain bagi memastikan siasatan dalaman telus dan amanah dapat dilaksanakan demi memastikan TH menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, Cabaran Kelima Wawasan 2020 bukan memberi maksud Malaysia sebagai negara liberal sehingga boleh menerima perkahwinan berlainan agama antara orang Islam dan bukan Islam.

Sebaliknya, beliau berkata, urusan perkahwinan umat Islam di Malaysia tertakluk kepada akta, enakmen atau ordinan undang-undang keluarga Islam negeri yang digubal berlandaskan kepada hukum syarak.

Mengambil contoh di Wilayah Persekutuan, katanya, perihal berkaitan perkahwinan pasangan Islam diperuntukkan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

“Berdasarkan subseksyen 10(1) Akta 303, lelaki Islam tidak boleh berkahwin dengan wanita bukan Islam kecuali Kitabiyah, manakala subseksyen 10(2) Akta 303 pula memperuntukkan perkara sama bagi wanita beragama Islam.


“Sesuatu perkahwinan melibatkan orang Islam hanya diiktiraf sekiranya ia selaras hukum syarak dan memenuhi kehendak perundangan berkuat kuasa di negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Idris berkata, kerajaan komited untuk menggubal RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 (RUU 355).

Beliau berkata, kerajaan, melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil ditubuhkan Majlis Raja-Raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), sepanjang tahun ini dan 2020.

Katanya, jawatankuasa itu juga sudah mengadakan siri mesyuarat membincangkan RUU 355 menerusi pelbagai aspek khususnya perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak supaya ia lebih komprehensif dan dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

“RUU 355 telah dibentangkan kepada negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Ke-27 pada 11 dan 12 Oktober lalu.

“Input dan pandangan diperoleh daripada negeri dalam persidangan ini akan dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal,” katanya.

-Berita Harian

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori