Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Universiti Jepun Pertama Luar...

KUALA LUMPUR - Kampus cawangan universiti Jepun yang pertama di luar negara, besar...

Lelaki Mesir Berbasikal 5,000km...

MOHAMED ‘Ibn Nufal’ Nufal, 24, memulakan kayuhan hari ini, berbasikal sejauh 5,000 kilometer...

Lelaki Malaysia Ditahan Edar...

Pekanbaru - Unit Narkotik Polis Riau berjaya menahan tiga pengedar dadah dan merampas...

Muzium Negeri Pulau Pinang...

GEORGE TOWN - Muzium Negeri Pulau Pinang yang berusia 200 tahun di Jalan...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada 2 Disember di Parlimen berhubung sekatan penjualan arak.

Menurutnya, kata sepakat telah dicapai bersama pengeluar dan pengedar arak.

“Kami telah mencapai kata sepakat dengan pengeluar dan pengedar arak, saya akan membuat pengumuman Khamis ini (di Parlimen),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Topping Off Residensi Wilayah Keluarga Malaysia SkyAwani 3 pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian telah bercakap dengan semua pihak yang membantah keputusan untuk menyekat penjualan arak.

“Kementerian telah bercakap dengan semua pihak berkepentingan yang membantah keputusan itu dan bersetuju dengan pendekatan menang-menang.


“Matlamat kami adalah untuk mengekang kebolehcapaian mudah arak dan sebenarnya isu ini sudah selesai,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengeluarkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang telah digunapakai berkuatkuasa 15 November 2020.

Garis panduan tersebut menyatakan bahawa bermula 1 Oktober penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina tidak dibenarkan.

Namun begitu, larangan itu ditangguhkan selama sebulan iaitu sehingga 31 Oktober untuk memuktamadkan garis panduan itu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori