Pak Lang Mat
APA SHAHRIR SAMAD NI MAHU??
Bangang semudah Bodoh. Itulah Shahrir Samad – Tok Uban . Dia batak perhatian dan masih rasakan dia relevan. Pru pun dia ditolak rakyat. Dan sekarang dia try-hard untuk melobi tempat.
Bukan dengan cara memberi perhatian kepada rakyat tetapi dengan membuat sensasi sana sini untuk Najib Zahid melihat aksinya.
Ini bukan pertama kali kerja bodoh dibuatnya. Daru surat, kenyataan akhbar dan macam2 cara lagi untuk dia nampak berfungsi. Kita tidak lupa ketika dia menjaga felda setelah Isa Samad dipindahkan.
Mana dia berani persoal tentang apa yang terjadi di Felda. Sebaliknya menumpang dan menambah menipu rakyat untuk selamatkan nama Najib. Dan hari ini sekali lagi terpacul lagi kebodohannya.
Rakyat Johor sedang tenang. Dan negeri diperintah UMNO dan dia mencabar untuk Bersatu tarik sokongan. Apa punya bangang daaa? Mungkin dia kepingin mahu menjadi calon dan ada hati mahu menjadi MB Johor.
Sikap gilanya mungkin penyakit keturunan. Lihatlah adiknya.pun ada sikap yang sama. Siapa tidak kenal Khalid Samad si gila dari Amanah.
Sudah2lah bangga tayang bodoh. Dah tua nak mampus pun masih sama sikap gila sejak muda.
Jawapan Shahrir Samad
Saya naikkan penulisan ‘Pak Lang Mat’ a.k.a ‘Mat Keng’ kerana penting juga untuk memahami hujah-hujah dari mereka yang tidak bersependapat dengan saya.
Tapi, pertamanya, kenalah tidak dihiraukan bahagian yang beremosi untuk mencari hujah-hujah yang boleh dibalas.
Para pertama ‘Mat Keng’ bermula dengan ‘Bangang semudah bodoh.’
Start start kena tengking dengan ‘Mat Keng’!
‘Bangang semudah bodoh’ samalah dengan cara TS Mahiadin tegur saya apabila dijolok pertanyaan oleh pemberita.
Ditambah ‘bangang’ oleh ‘Pak Lang Mat’ kepada teguran ‘bodoh’ dari tokoh bergelaran ‘Abah’.
Lagi power ayat ‘Pak Lang Mat’ mempertahankan ‘Abah’!
‘Masih rasa dia relevan’. Entahlah. Saya menulis dalam halaman FB saya tapi pemberita yang mintakan pandangan dari ‘Abah’. Jangan salahkan saya kalau pemberita yang buatkan penulisan saya menjadi relevan.
Apatah lagi jawapan ‘Abah’ kepada pemberita (dalam bentuk video juga ada) lagi menarik perhatian ramai kepada penulisan di halaman Shahrir Samad – Tok Uban saya itu.
Tak payah pakai boost FB pun. Free. Tak berbayar. Pemberita yang baca dan tanya kepada ‘Abah’.
Yang fakta dalam para pertama, ‘pru pun dia ditolak olih rakyat.’ Ini fakta. Jadi apa hal hendak kisah sangat tentang apa yang Tok Uban tulis dihalamannya?
Perenggan kedua, Tok Uban diminta memberi perhatian kepada hal rakyat.
Itu, selaku Ketua UMNO bahagian Johor Bahru, saya lakukan sepenoh daya dan usaha, melalui cawangan-cawangan UMNO, membantu rakyat yang memerlukan semasa wabak pandemik COVID19. Ini boleh dirujuk kepada penulisan lain di halaman Tok Uban.
Untuk NajibZahid melihat? Entahlah? Tak tahu samada mereka pengikut halaman Tok Uban pun.
Tiga para berikutnya, ‘bodoh’ dan ‘bagang’ lagi. Disentuh soal Felda pula. Entah apa faktanya.
Para terakhir, dituduh keterunan saya pula.
Entah apalah butang yang saya tertekan itu sampai ‘Mat Keng’ meroyan habis nak membela ‘Abah’.
Agaknya ‘Abah’ dah tekan butang ‘Mat Keng’ @ ‘Pak Long Mat’ sehingga melenting habis.
Pada usia saya ni, tak mampu nak saya lalui apa-apa ujian bagi mempastikan samada saya ‘bodoh’ atau ‘bangang’ dan samada ianya suatu ciri keturunan saya sekeluarga ataupun saya sebenarnya ‘tua nak mampus’.
Apa pun, saya maafkan je lah. Bila dah koyak, sukar nak kawal perasaan.
#Koyak