Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Umum Pelancaran Manifesto...

GAGASAN Sejahtera bakal melancarkan manifesto yang diuar-uarkan sebagai istimewa kerana lebih menjurus menangani...

Skim Harga Maksimum Keluarga...

Kuala Lumpur : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang...

Bekas ADUN Sedili Lepas,...

MUAR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dilepas dan...

Polis Kenal Pasti Mangsa...

GOPENG - Dua mangsa yang maut dalam kemalangan di kilometer 294.8 Lebuhraya Utara...

Tambak Laut Tak Jejas Keselamatan Negara

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, bagi memastikan rancangan tambakan laut tidak menjejaskan keselamatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, berkata pihaknya memberikan perhatian yang serius kepada aspek rahsia ketenteraan Malaysia semasa pelaksanaan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) dan di Bagan Ajam, Butterworth.

“Kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat cadangan pelan induk projek ini yang turut dihadiri pihak TUDM dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia untuk membincangkan isu keselamatan, tanah dan sebagainya kerana kita sedar, pangkalan TUDM berdekatan kawasan itu.

“Keselamatan negara tidak akan dikompromi dan perbincangan ini masih berterusan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Muhamad Yusoff (BN-Sungai Dua) yang bimbang projek pembangunan bercampur tambakan Bagan Ajam akan mendedahkan rahsia ketenteraan Malaysia.

Jagdeep berkata, semua komponen yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan, termasuk rumah mampu milik akan disediakan memandangkan itu projek bercampur.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori