Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sukan Asia 2018: “Maafkan...

KUALA LUMPUR - Wakil tunggal Malaysia dalam acara basikal lasak, Noor Quraataina Mamat,...

Rakaman Audio: Latheefa Dijangka...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dijangka...

Jangan Beli, Ambil Produk...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai tidak membeli atau mengambil...

Terengganu Tamat Kontrak Penyerang...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini menamatkan kontrak...

Kerajaan Yang Bagi Pilihan 3 Bidang Tanah

Bekas perdana menteri, Najib Razak mengakui ada membuat permohonan untuk mendapatkan tanah dan rumah bernilai RM100 juta di ibu negara.

Bagaimanapun Najib berkata permohonan itu bukan merupakan ‘hadiah’ sebaliknya pemberian biasa kepada semua bekas perdana menteri di bawah Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003.

Menulis di Facebook, Najib mengulas isu yang dibangkitkan oleh pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad mengenai permohonan mendapatkan hartanah itu di Dewan Rakyat hari ini.

“Dia (Mahathir) sendiri yang pinda Akta semasa dia PM ke-4. Office saya cuma mohon diberi kediaman selepas PRU14 seperti dalam akta dipinda dia.

“Kerajaan beri tiga bidang tanah untuk pilih maka saya pilih satu. Bukan sudah diluluskan kerajaan hari ini pun. Bukan saya minta hadiah RM100 juta dari kerajaan tetapi kediaman seperti diberi kepada kesemua bekas-bekas Perdana Menteri,” katanya.

Malah, Najib berkata pejabat bekas perdana menteri yang didudukinya hanya merupakan sebuah banglo yang disewa di Bukit Pantai.

“Bukan kompleks besar macam perdana leadership foundation Mahathir. Anak-anak saya pun bukan bilionaire macam anak-anak dia.

“Lalu, dia tanya apa jasa saya sebagai PM? Tak ada apa-apa pun jasa saya,” katanya secara sinis.


Dalam hantaran itu, Najib menulis senarai panjang “jasa-jasanya” kepada negara, termasuk menyelamatkan ekonomi negara daripada “The Great Global Recession” dari tahun 2008 hingga 2010.

“Kadar pertumbuhan ekonomi antara paling tinggi dirantau Asean sepanjang tempoh saya (menjadi) PM. Jumlah nilai pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah dan antara paling tinggi antara negara-negara jiran semasa saya PM.

“Aset negara naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion ke RM2 trilion dari tahun 2008 ke 2017 masa saya PM.

“Mahathir sendiri yang mengaku ini pada awal tahun 2020 walaupun banyak kali dia tipu bahawa negara sudah bankrap bawah Najib,” dakwanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan kabinet menerima permohonan daripada bekas perdana menteri itu untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta.

Bercakap semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, maklumat berkaitan rumah dan hartanah tersebut tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan.

Tengku Zafrul menjawab soalan yang dikemukakan Dr Mahathir yang meminta dia menjelaskan mengapa Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 tidak menyentuh mengenai hartanah berkenaan.

Bagaimanapun jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parlimen pembangkang.

PH Kaji Semula Persefahaman Dengan Kerajaan

  • Lagi berita berkaitan:
  • najib

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori