Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

1,000 Pemuda Baju Hitam...

GEORGE TOWN - Sekumpulan pemuda berbaju hitam berarak ke pejabat Ketua Menteri Pulau...

Cubaan Rampas Kuasa, Pelajar...

CUBAAN rampasan kuasa di Turki lewat Jumat turut menakutkan kumpulan pelajar Malaysia di...

Beg Kepit, Dompet, Cermin...

KUALA LUMPUR - Beg kepit, dompet dan cermin mata berjenama antara 31 barang...

Pijak Gambar Hadi: PAS...

PEMUDA PAS menggesa pihak penganjur Bersih 4.0 segera tampil memohon maaf atas tindakan...

TIDAK RASMI: N.25 Dira Abu Zahar Menang

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan pertama dengan keputusan tidak rasmi di kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) N.25 Rim.

Calon BN, Datuk Khaidirah Abu Zahar setakat ini memenangi dengan 4,037 undi mengalahkan dua lagi calon dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Sehingga kini setelah selesai 36 peti undi dikira, calon PN Azalina Abdul Rahman mendapat 2,170 undi manakalah calon PH Prasanth Kumar memperolehi 2,163 undi.

Khaidirah atau Dira, 36, mengikut jejak langkah bapanya yang juga bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.


Pengundian di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula pukul 8 pagi dan berakhir tepat pukul 5.30 petang tadi dengan peratusan keluar mengundi sehingga pukul 4 petang adalah 61 peratus.

PRN Melaka terpaksa dilakukan ekoran pembubaran Dun pada 4 Oktober setelah empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori