Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

CEO Aer Lingus, Bakal...

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan Aer Lingus yang akan meletakkan jawatan disebut-sebut...

Kayu Selfie Diharamkan Di...

TOKYO - Warga Jepun suka bergambar, hinggakan telefon pintar, media sosial dan kayu...

JPNK Nasihat Orang Asli...

KOTA BHARU - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menasihatkan masyarakat Orang Asli supaya...

Netizen Biadab Hina Kebakaran...

DALAM kesedihan rakyat Malaysia terhadap tragedi kebakaran tragis melanda pusat tahfiz Darul Quran...

Timah Bukan Isu Besar, Kata Mohd Amar

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah berpendapat isu jenama wiski ‘Timah’ bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.

Secara asas katanya, sudah diketahui bahawa jenama itu membawa maksud bijih timah dan bukan nama seseorang.

“Cuma ia boleh menimbulkan kekeliruan. Kita orang Melayu apabila disebut Timah tak nampak (beranggapan) bijih timah, tapi nampak (nama) manusia itu. Di situ timbul kekeliruan, tapi pada pandangan saya bukan isu besar.

“Bukan isu besar sampai kita nak itu apa semua, bagi sayalah. Sebab syarikat sudah beri penjelasan dan dah beritahu,” katanya kepada media ketika ditemui dalam sesi lawatan kerja ke daerah Tumpat, hari ini.

Terdahulu pengeluaran minuman keras jenama Timah itu menimbulkan kontroversi sekali gus dibantah antaranya oleh PAS susulan penggunaan jenama itu.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kemudiannya menjelaskan kabinet bersetuju membenarkan penggunaan jenama tersebut dan syarikat perlu melabelkan bahawa jenama itu merujuk kepada bijih timah.


Bagaimanapun, PAS melalui seorang lagi naib presidennya Idris Ahmad dilaporkan tetap tidak bersetuju dengan keputusan kabinet itu.

Sementara itu, Mohd Amar menjelaskan pihaknya berharap tiada pihak mengambil peluang untuk menyentuh sensitiviti

“Yang dah lepas nak buat macam mana. Yang akan datang itu, sebab kita tengok sesetengah bukan muslim tidak ambil kira sensitiviti umat Islam.

“Itu yang kadang-kadang menimbulkan masalah. Jadi sepatutnya apa-apa hal kena ambil kira sensitiviti sebab kita duduk dalam masyarakat majmuk,” katanya. -MALAYSIAKINI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori