Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pakaikan Anak Baju Gambar...

PELAKON jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sekali lagi...

SPRM Sudah Hubungi Jho...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi peguam kepada ahli...

Segelintir Peniaga Masih Belum...

KUALA LUMPUR - Ada peniaga didapati masih belum menukar sepenuhnya tanda harga pada...

Lebih 1,000 Unit Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,183 unit rumah di bawah program Rumah Bina Negara...

Tragedi, M’sia Tak Tandatangan Ikrar PBB Haramkan Tebang Hutan

Seorang ahli parlimen pembangkang menyifatkan keputusan Malaysia tidak menandatangani ikrar PBB untuk menghentikan penebangan hutan menjelang 2030 sebagai “tragedi”.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata demikian selepas Malaysia tidak menyertai senarai lebih 100 negara yang berjanji untuk menghentikan penebangan hutan menjelang 2030, pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) 2021 di Glasgow pada Isnin.

“Malaysia tidak ada dalam senarai. Ini tragedi kerana lebih banyak hutan akan dihapuskan atas nama kemajuan dan (Malaysia akan) menghadapi lebih banyak banjir, menyusutkan sumber sedia ada.

“Pada kadar ini, Keluarga Malaysia tidak akan selamat,” ciap Santiago hari ini.

Negara dalam senarai memeterai ikrar itu termasuk Indonesia, kuasa besar China, Amerika Syarikat dan Rusia manakala 28 negara komited untuk menghapuskan penebangan hutan daripada perdagangan global makanan dan produk pertanian lain seperti minyak sawit, soya dan koko.

K’jaan umum mobiliti rendah karbon

Ikrar itu juga disokong oleh dana awam dan swasta sebanyak AS$19 bilion (RM78.92 bilion) untuk melabur dalam melindungi dan memulihkan hutan.

Ikrar itu datang pada saat genting, yang mana negara mesti komited untuk bertindak sekarang dalam mengurangkan separuh pelepasan karbon global menjelang 2030.

Ini bagi mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsiusm berbanding zaman praindustri. Hutan memainkan peranan penting sebagai penyerap karbon.

Walaupun Malaysia tidak menyertai ikrar berkenaan, namun kerajaan mengumumkan pendekatan berbeza untuk mengurangkan pelepasan karbon melalui Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar, atas) berkata kabinet pada 29 Okt meluluskan LCMB mampu mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 51,000 kilo tan minyak setara bersamaan dengan potensi pengurangan pelepasan karbon sebanyak 165 juta tan menjelang 2030.


“Jumlah ini bersamaan dengan pengurangan tiga juta kenderaan di atas jalan raya atau penanaman 410 juta pokok yang dapat bertindak sebagai sinki karbon bagi penyerapan karbon,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim LCMB berupaya mengurangkan perbelanjaan bahan api negara sehingga RM150 bilion dan mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan baru dalam pelbagai bidang berkaitan.

‘Bandar rendah karbon’

LCMB mempunyai empat bidang fokus disokong 10 strategi dan 45 pelan tindakan termasuk pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG melalui:

penambahbaikan kecekapan bahan api
pelepasan gas rumah hijau oleh kenderaan
penggunaan bahan api alternatif
penggunaan tenaga dan pelepasan GHG melalui peralihan mod pengangkutan.

Kata Tuan Ibrahim, pelan itu akan dilaksanakan secara holistik dengan usaha bersepadu dan kerjasama strategik bersama kementerian lain seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta semua kerajaan negeri.

Ini termasuk mengambil pendekatan ‘bandar rendah karbon’ untuk pembangunan, menggalakkan lebih banyak berjalan kaki dan berbasikal berbanding memandu atau pergerakan kenderaan menggunakan bahan api melalui infrastruktur yang lebih baik.

Tuan Ibrahim sebelum ini dibidas kerana tidak hadir sidang penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menangani perubahan iklim (COP21).

Pun begitu, difahamkan ketua setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air hadir persidangan di Glasgow itu.

Bagaimanapun, penebangan hutan atau pemuliharaan hutan secara khusus, tidak terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya tetapi berada di bawah pengawasan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

103 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Perlis

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori