Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Empat Warga Asing Diberkas...

IPOH - Respons pantas pihak polis terhadap bunyi penggera sistem keselamatan di sebuah...

Warga Emas Rugi RM50,000...

KUANTAN - Seorang wanita warga emas kerugian RM50,000 selepas diperdaya dengan panggilan palsu...

Keselamatan Sekolah Pondok, Maahad...

GURUN - Tahap keselamatan di semua sekolah-sekolah pondok dan maahad-maahad tahfiz berdaftar, di...

Fitri Haris Belum Sedia...

HAMPIR lapan tahun memegang status duda penyanyi, Fitri Haris mengakui belum bersedia untuk...

Tugas Lebih Berat Menanti 21 ADUN BN Di Melaka

JOHOR BAHRU – Semua 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini memikul tanggungjawab lebih berat untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengabdian dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk Melaka kini bukan sahaja bermula tetapi harus digandakan.

“Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada BN. Melaka memilih kestabilan demi kemakmuran. Pastikan Melaka dalam lima tahun menjadi fokus yang diusahakan sedaya mungkin.

“Buktikan segala komitmen yang kita laungkan sepanjang berkempen adalah satu ikrar yang benar. Buktikan bahawa BN masih pentadbir terbaik untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menerusi PRN Melaka yang berlangsung pada Sabtu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.


Mohamed Khaled merakamkan penghargaan kepada pengundi Melaka kerana menyakini usaha BN untuk memerangi amalan lompat parti dan politik yang tidak jujur.

“Terima kasih kerana bertindak rasional dan tidak bersandarkan kepada khabar angin serta serangan tidak berasas,” ujar bekas Menteri Besar Johor itu.

Selain itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera daripada semua parti komponen, sukarelawan dari seluruh negara dan pasukan penggerak yang telah bekerjasama memastikan kemenangan BN.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori