Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Perlu Jelaskan Pendirian...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada...

Awek Tudung Promosi ‘Kondom...

PADA Selasa lalu, tular sebuah rakaman seorang gadis manis bertudung litup mempromosi dan...

Sudahlah Tak Hadir Bicara,...

KEPALA BATAS - Dua remaja lelaki dari Tanah Merah, Kelantan yang sepatutnya menghadiri...

Siasatan Pembelian Scorpene Lancar

KUALA LUMPUR - Siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang kontroversial berjalan lancar...

Tunang Jamal Khashoggi Desak Bieber Batal Konsert F1 Di Arab Saudi

TUNANG wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember depan.

Bieber tersenarai untuk membuat persembahan menjelang perlumbaan Formula One (F1) yang julung kali diadakan di Arab Saudi.

Tunang Khasoggi, Hatice Cengiz dalam surat terbuka kepada Bieber menggesa penyanyi kelahiran Kanada itu untuk menghantar ‘mesej yang keras’ kepada penganjur untuk beliau menarik diri dari beraksi di konsert berkenaan, lapor BBC News pada Isnin.

“Jangan menyanyi untuk ‘pembunuh’ kesayangan saya, Jamal,” tulis Cengiz dalam mesejnya kepada Bieber dalam surat terbuka yang diterbitkan Washington Post, baru-baru ini.

Menurut Cengiz, Bieber mempunyai peluang unik untuk menunjukkan “nama dan bakat beliau tidak boleh dipergunakan untuk mengembalikan reputasi rejim berkenaan yang dipercayai mampu mengorbankan sesiapa sahaja yang vokal mengkritik negara itu.”

Bieber dijadualkan membuat persembahan pada 5 Disember akan disertai barisan artis termasuk David Guetta dan Jason Derulo.


Pertubuhan hak manusia, Human Rights Watch turut menggesa Bieber dan artis-artis terlibat untuk menarik diri, atas alasan acara berprestij itu hanya bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat sivil global dari rekod hak manusia di Arab Saudi.

Khashoggi merupakan wartawan dan penyunting veteran dari Arab Saudi yang berpindah ke Amerika Syarikat dan pernah menulis artikel yang lantang mengkritik Putera Mahkota Arab Saudi apabila dirinya menerima ancaman bunuh pada 2 Oktober 2018.

Beliau dipercayai dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018.

Sebelum ini, penyanyi rap Nicki Minaj juga pernah membatalkan persembahannya di Jeddah pada 2019, sebagai protes terhadap hak kemanusiaan di Arab Saudi.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori