Kalau melihat dari segi nasionalisme – Maka pakailah Perdana dan berhenti cakap benda lain. Tak perlu teruskan membaca rencana ini.
Namun, kalau bercakap keselesaan, sudah tentu Vellfire lebih bagus. Ia lebih luas dan kapasiti enjin lebih besar berbanding Perdana.
Harga pasaran Vellfire 3 kali ganda Perdana (Vellfire – RM368,000/Perdana – RM127,247) , tapi kalau sewa bulanan hampir sama atau murah sedikit pada Perdana, maka mengapa mahu pilih Perdana?
Pepatah barat mengatakan, perbandingan mestilah dibuat antara epal dengan epal, bukan epal dengan oren.
Kalau ada benda mahal pada harga murah, mengapa mahu ambil benda murah pada harga mahal pulak?
Kementerian Kewangan sepatutnya menekankan bahawa Vellfire yang jauh lebih mahal di pasaran luar hampir sama harga sewaan dengan Perdana, maka wajarla Vellfire menjadi jenama pilihan.
Bukan menekankan point ia murah beberapa ringgit.
Point seperti itu jadi bahan lawak dan sememangnya layak dijadikan bahan troll netizen.
Cara menjelaskan tak berapa nak bijak.
Bukan merendahkan Perdana dengan Vellfire, tetapi kedua kenderaan dalam segmen yang berbeza dan sudah semestinya kalau harga sewaan hampir sama, maka Vellfire la seharusnya dipilih.
Melainkan kita mahu menitik-beratkan nasionalisme produk tempatan tanpa mengambil kira aspek yang lain, maka kita haruslah pilih Perdana.
So, kita mahu berdebat dari segi apa? Nasionalisme atau keselesaaan dan prestij? –MYNEWSHUB
IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI