Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Makanan Dunia Cecah...

PARIS: Harga makanan dunia jatuh untuk bulan kesembilan berturut-turut pada bulan Disember walaupun...

Polis Itali Berjaya Tangkap...

POLIS Itali telah menahan seorang lelaki yang didakwa ketua baharu Mafia Sicily, bersama...

Bot Tempatan Ditahan Indonesia...

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memaklumkan sebuah bot nelayan tempatan ditahan pihak...

Sokong ADUN Yang Sentiasa...

SRI AMAN - Rakyat Sarawak diminta menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang...

Warga Emas Maut, Isteri Cedera Nahas

KEMAMAN : Seorang warga emas maut sementara isterinya cedera selepas kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di Kilometer 109 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kawasan Perindustrian Kerteh, di sini, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, Che Malias Harun, 69, yang memandu kereta jenis Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi dan isterinya, Missroheemah Dueloh, 51, cedera di bahagian kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Geliga, Chukai, di sini, selepas membeli madu di Kampung Merchang, Marang.

“Tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh, menyebabkan kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum terbalik di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.


Hanyan berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, sementara isterinya yang cedera di anggota badan dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori