Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MAXIS Tawarkan Rebat RM5...

MAXIS telah memperkenalkan sokongan pembelian aplikasi menggunakan kredit prabayar atau pascabayar sebelum ini. Kini...

Kes Denggi Catat Penurunan...

KUALA LUMPUR - Kes demam denggi di seluruh negara mencatat penurunan kepada 2,136...

Remaja Cedera Di Serang...

NEW SOUTH WALES – AUSTRALIA. Seorang remaja dilaporkan diserang seekor jerung ketika menangkap...

Kisah Nenek Hidap Ketumbuhan...

LOS ANGELES - Seorang nenek yang memiliki ketumbuhan sebesar anak badak dan terpaksa 'kurung'...

Zahid Tak Bagi Muka, Terus Belasah Bersatu!

MARAH benau pendokong PPBM kerana UMNO tidak bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Semakin kuat pula merentan serba tidak kena mengata itu dan ini tentang UMNO sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini dengan angkuh PPBM dilapor mahu ‘langgar’ UMNO di Melaka, tetapi masih merungut tidak sudah-sudah.

Sehingga sanggup melancarkan propaganda tidak masuk akal konon majoriti ahli UMNO mahu bersama PPBM.

Menuduh UMNO tidak dapat bekerjasama dengan mereka disebabkan keegoan pimpinan UMNO.

Sedangkan ramai mengerti seperti apa yang kerap kali diperjelaskan bahawa itu adalah keputusan parti.

Keputusan akar umbi UMNO yang bertegas menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan PPBM.

Seperti yang ditetapkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 kira-kira 8 bulan yang lalu.

Rakyat mengerti mengapa PPBM menggelisah begitu teruk disebabkan pendirian UMNO itu.

Mereka sedang takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sedar tentang perbuatan dan kezaliman mereka.

Berpakat bersama DAP dan Pakatan Harapan (PH) untuk memfitnah UMNO dan para pemimpinnya sejak 2016.

Bergandingan bersama DAP dan PH menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 dengan tipu daya.


Kini perlu berdepan semula dengan UMNO dalam PRN Melaka sebelum sempat memanipulasi cerita.

Selepas fitnah yang ditaburkan oleh mereka sudah tumpul dan rakyat menyedari tentang kecurangan dan hipokrasi mereka sendiri.

UMNO tenang-tenang sahaja. Kita fokus kepada gerak kerja bersama rakyat untuk BN kembali mentadbir Melaka.

BACA – Muktamad : UMNO/BN Bertanding Di Semua 28 DUN PRN Melaka

Menerangkan rekod dan kemampuan kerajaan BN memakmurkan rakyat serta negeri Melaka.

Memperjelaskan segala tohmahan fitnah yang tidak benar dan mengingatkan rakyat Melaka apakah itu PPBM dan PH.

Kita perlu meyakini kebijaksanaan orang Melaka dalam menilai apa yang benar dan terbaik untuk masa depan mereka.

#prnmelaka

#umnobersamarakyat

#BNPilihanRakyat

DAP Umum Barisan Calon PRN Melaka, Tampil 2 Muka Baru

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori