Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

FAMA Meterai Perjanjian Dengan...

KUALA PILAH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan hari ini memeterai...

Peniaga Dipukul Akibat Tidak...

PETALING JAYA: Seorang peniaga cedera dipukul gara-gara kehadirannya di Medan Selera Bunga Tanjung,...

Anti-ICERD: PDRM Siap Siaga...

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen...

Operasi SAR Kesan Tumpahan...

Pesawat Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU), Hercules Alpha 1319 kembali membuat tinjauan...

12 Hari Di ISS, Bilionair Jepun Kembali Ke Bumi

ALMATY: Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa kembali ke Bumi semalam, selepas 12 hari meluangkan masa di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), menyaksikan beliau membuat beberapa video melakukan sejumlah rutin termasuk memberus gigi dan pergi ke tandas.

Maezawa yang merupakan taikun fesyen bersama pembantunya, Yozo Hirano mendarat di sebuah padang rumput kira-kira pukul 3.13 pagi waktu tempatan bersama seorang angkasawan Rusia, Alexander Misurkin.

Rakaman dari tapak mendarat iaitu kira-kira 150 kilometer ke tenggara pekan Zhezkazgan, menunjukkan ketiga-tiga trio itu tersenyum gembira dengan kejayaan misi tersebut.

Pengembaraan mereka ke angkasa lepas secara tidak langsung menggalakkan semula pelancongan angkasa Rusia yang sudah sedekad terhenti.

Selama 12 hari di ISS, Maezawa membuat video menunjukkan rutin hariannya dan kesemua rakaman itu boleh disaksikan menerusi saluran Youtubenya.

Hartawan berusia 46 tahun itu turut menunjukkan bagaimana untuk memberus gigi dan pergi ke tandas ketika berada di angkasa lepas.


Kehadiran Maezawa dan pasukannya memeriahkan lagi suasana di ISS yang ketika ini terdapat tujuh angkasawan di sana bagi melakukan kajian biologi dan fizik angkasa.

Sementara itu, Maezawa merancang untuk membawa seramai lapan orang bersamanya ke Bulan dalam satu misi pada 2023 menggunakan kapal angkasa SpaceX.

Pada 2001, agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos pernah membawa tujuh pelancong ke ISS dan kali terakhir negara itu membawa pelancong ke angkasa lepas adalah pada 2009, iaitu penghibur dari Kanada, Guy Laliberte.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori