Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

RM9.6j Baik Pulih 39...

KOTA BHARU : Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 39 klinik daif di seluruh...

Nadal Tewaskan Kevin Anderson,...

MELBOURNE - Pemain tenis nombor tiga dunia, Rafael Nadal menamatkan penguasaan pemain Afrika...

“Tahniah Azroy Hazal” –...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

‘Rumah Harga RM500K, Tapi...

SEORANG lelaki meluahkan kekecewaannya di media sosial berikutan rasa tertipu dengan pihak pemaju...

128 Pelajar UIAM Diarah Kosong Bangunan Asrama

GOMBAK : Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada jam 9 malam tadi.

Menurutnya, saksi yang juga pelajar di UIAM itu memaklumkan, kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 6.45 petang ketika hujan lebat dan mereka diarahkan mengosongkan bangunan asrama.

“Pemantauan yang dilakukan mendapati tiada kesan rekahan pada dinding atau lantai bangunan, ” katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Katanya, mendapan jalan berlaku dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.

“Pihak pengurusan UIAM sudah menutup kawasan tersebut dengan meletakkan kon dan sawar-sawar dan menghubungi Konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan lanjut, ” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori