Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rumah Flinstone Sultan Johor…...

PERNAH menonton kartun animasi popular dari Amerika Syarikat berjudul The Flintstones? Kalau pernah,...

Drama Azmin Bela Anwar,...

ADA yang tersenyum sinis apabila mendengar khabar seolah-olah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri...

Pilihan Raya Sarawak Ke-11,...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membelanjakan kira-kira RM180 juta pada pilihan...

Kenyataan Kit Siang Keruhkan...

1. Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan menyokong saranan penulis Anas Zubedy...

13 Juta Penduduk Xi’an Kena Sekatan Pergerakan

BEIJING : Kira-kira 13 juta penduduk Xi’an kini berada dalam perintah sekatan yang ketat mulai hari ini bagi membendung penyebaran COVID-19 ketika kerajaan berusaha mengekalkan sasaran kes sifar menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun depan.

Xi’an, wilayah terkenal dengan monumen sejarah Tentera Terracotta, mengetatkan sekatan pergerakan secara drastik dengan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah selepas beberapa ratus jangkitan dilaporkan baru-baru ini.

Beijing ketika ini bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pada Februari, memaksa China berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk memerangi wabak berkenaan di beberapa bandar.

Namun begitu, kes semakin meningkat dalam beberapa minggu sejak kebelakangan ini.

Xi’an merekodkan 63 kes jangkitan lagi pada Khamis, beberapa hari selepas pihak berkuasa memulakan ujian besar-besaran terhadap semua 13 juta penduduk.

Kes dari Xi’an setakat ini merebak ke lima bandar lain, menurut media kerajaan, termasuk satu dikesan di Beijing dan di selatan Guangdong, sekali gus mencetuskan kebimbangan virus berkenaan pantas merebak secara geografi ke seluruh negara.


Sejak malam tadi, hanya seorang ahli keluarga boleh keluar setiap dua hari sekali untuk membeli barang keperluan manakala yang lain diarahkan kekal berada di dalam rumah kecuali berlaku kecemasan.

Penduduk juga dilarang meninggalkan bandar dan sesiapa yang ingin keluar perlu memohon kelulusan pihak berkuasa ketika semua perniagaan tidak penting diarah ditutup.

Kerajaan turut melarang semua mesyuarat berskala besar manakala muzium Tentera Terracotta ditutup sehingga diberitahu kelak.

Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan melawat Xi’an beberapa hari sebelum sekatan dilaksanakan dan memberi amaran keadaan itu ‘buruk dan rumit.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori