Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

LTTE: Mahkamah Tinggi Akan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan ADUN Gadek, G Saminathan...

Zahid Mengaku Tidak Bersalah...

TEGAS... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah atas 45 pertuduhan...

Terengganu Wujudkan Pusat Rekreasi...

MARANG - Terengganu bakal mewujudkan pusat rekreasi khas bagi wanita tahun hadapan untuk...

Jenazah 6 Sekeluarga Selamat...

BACHOK - Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer...

2 Wakil Rakyat Positif COVID-19, Sidang DUN Kelantan Ditangguh

KOTA BHARU : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ditangguhkan lebih awal berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) positif COVID-19.

Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub, berkata selain dua ADUN positif, seorang lagi ADUN menjadi kontak rapat dan beliau terpaksa membuat keputusan menangguhkan persidangan lebih awal daripada jadual hari terakhir yang sepatutnya pada Selasa ini bagi mengelak penularan wabak.

“Saya mendapat maklumat pagi ini, dua ADUN positif COVID-19, iaitu ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim dan ADUN Tendong, Mohd Rozi Muhamad, manakala ADUN Kemuning menjadi kontak rapat kerana anaknya positif.

“Sepatutnya kita bersidang selama empat hari iaitu sehingga Selasa ini, namun disebabkan ada ADUN positif, kita mengambil langkah awal dengan menangguhkan persidangan DUN ke tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak.


“Alhamdulillah kita dapat tamatkan selepas lulus belanjawan. Mengikut Perkara 29 Peraturan Dewan, Speaker berkuasa untuk menangguhkan dewan pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan DUN Kelantan, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, semua ADUN sudah menjalani ujian saringan COVID-19, iaitu dua hari sebelum persidangan bermula dan ketika itu semua negatif.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori