Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Asyik Selfie, Tiada...

KUALA LUMPUR - Usah asyik berswafoto atau 'selfie' kerana masa untuk berehat sudah...

MAS Akan Beri Tumpuan...

TOKYO - Malaysia Airlines (MAS) baharu dijangka menjadi hab penerbangan transit serantau paling...

Buang Bayi: Polis Tahan...

SEPASANG kekasih berusia 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi...

Wartawan Al Jazeera Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Pengendali dan wartawan Al Jazeera akan dipanggil minggu ini bagi...

20 Universiti Awam Tubuh Unit Perkhidmatan Dan Sokongan OKU

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 universiti awam telah menubuhkan Unit Perkhidmatan dan Sokongan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan pemerkasaan dan kebajikan golongan itu sama ada kakitangan atau penuntut dilaksana dengan tuntas.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Ahmad Masrizal Muhammad berkata, unit itu terletak di bawah seliaan Naib Canselor universiti terbabit dan sebarang arahan disampaikan melalui saluran pengurusan tertinggi universiti awam.

“Dasar keprihatinan dan pengurusan kebajikan pelajar OKU di politeknik dan kolej komuniti tidak diketepikan malah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan hal berkaitan OKU diselia dan diselaraskan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar di institusi berkenaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang ingin tahu jumlah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang telah menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU serta tindakan KPT untuk memastikan semua IPT mengikut arahan pihak kementerian.

Ahmad Masrizal juga berkata KPT menyalurkan peruntukan pembangunan sebanyak RM51.04 juta untuk membaik pulih, menaik taraf dan menyediakan infrastruktur penuntut OKU di IPT awam seluruh negara bagi tempoh 2015 hingga 2021.


Beliau berkata sebagai tanda sokongan dan komitmen untuk memperkasa mahasiswa OKU, pihak kementerian melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sentiasa menyokong program serta aktiviti yang dilaksanakan.
“Namun permohonan untuk peruntukan bagi pelaksanaan program ini perlu dibuat secara berterusan mengikut keperluan,” katanya.

Ahmad Masrizal berkata pada 2021, JPT melalui Bahagian Mahasiswa Holistik, telah menyalurkan peruntukan hampir RM150,000 bagi menjayakan beberapa program berkaitan OKU di universtiti terbabit.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori