KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,528 kes positif baharu COVID-19, setakat tengah hari Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di media sosial berkata, pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,735,241 kes.
Dalam perkembangan berkaitan, KKM turut mencatat 44 kematian akibat COVID-19 sehingga tengah malam tadi termasuk 10 membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan.
Data laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, setakat ini jumlah kematian akibat COVID-19 sudah mencecah 31,265 kes sejak virus itu dikesan di negara ini pada akhir Januari tahun lalu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Awani-