Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anggota UMNO Mengkhianati Parti...

BAGAN DATUK ā€“ Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Kebakaran Kereta Setiausaha MIC...

JOHOR BAHRU - Kebakaran dua buah kereta milik Setiausaha MIC Bahagian Tebrau di...

Pembangkang Bangladesh Kempen Di...

DHAKA - Parti pembangkang Bangladesh terpaksa menggunakan saluran media sosial untuk melobi undi...

Ladang Ternakan Khinzir ‘Kantoi’...

KUALA LANGAT - Sebuah ladang ternakan khinzir yang beroperasi sejak 16 tahun lepas...

53 Daripada 65 Kes Omicron Di Singapura Tiba Melalui VTL

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan 53 daripada 65 kes import Omicron yang dikesan di Singapura hingga Isnin lalu tiba melalui Laluan Perjalanan Divaksinasi (VTL).

Daripada kes berkenaan, 41 dikesan melalui ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) semasa ketibaan manakala baki 12 dikesan melalui rejim ujian Singapura yang dipertingkatkan.

Lebih 90 peratus kes Omicron adalah warga Singapura yang pulang ke tanah air, penduduk tetap dan penduduk jangka panjang, kata MOH ketika menjawab pertanyaan The Straits Times.

Rabu lalu, MOH mengumumkan pembekuan jualan tiket penerbangan dan bas VTL baru selama sebulan susulan bilangan kes import mencecah paras tertinggi baru iaitu 76 kes sejak kemunculan varian Omicron.

Langkah terbabit, yang berkuat kuasa bermula semalam hingga 20 Januari depan, bermakna syarikat penerbangan tidak lagi dibenarkan menjual tiket penerbangan VTL baru untuk perjalanan ke Singapura.

Penggantungan jualan juga dilaksanakan ke atas mereka yang melakukan perjalanan VTL darat Singapura-Malaysia.


Bagaimanapun, pengunjung yang layak dan sudah membeli tiket lebih awal masih dibenarkan melakukan perjalanan melalui skim perjalanan bebas kuarantin.

Pengunjung VTL yang tidak mematuhi rejim ujian pantas antigen tujuh hari mandatori akan menghadapi notis jangan keluar rumah dan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

MOH berkata ia sedang melakukan pengesanan kontak aktif untuk mengurangkan penularan seterusnya.

Kementerian itu juga berkata semua kontak rapat kedua-dua kes Omicron yang disyaki dan disahkan akan diletakkan di bawah kuarantin 10 hari di kemudahan khusus untuk mengurangkan penularan. – AGENSI

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori