Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

5 Rumah Dilempar Molotov...

JOHOR BAHARU - Lima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami...

MIMOS: Rekaan Jam Pintar...

Peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar agak popular pada tahun ini, dan...

Petronas Komited Pastikan Rakyat...

SIPITANG - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sentiasa komited untuk memastikan rakyat Sabah terus...

Twit Respons Aeril Ni...

TIDAK dinafikan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan antara pasangan popular yang sangat...

55 Kanak-Kanak Jadi Yatim Piatu Akibat Covid-19 Di Selangor

SHAH ALAM: Sehingga September lalu, seramai 55 kanak-kanak di negeri ini dilaporkan menjadi yatim piatu akibat kehilangan kedua ibu bapa yang meninggal dunia selepas dijangkiti pandemik Covid-19 sejak virus itu tular pada Mac 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, laporan itu berdasarkan data diberikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

“Yang menjadi yatim adalah seramai 1,648 orang dengan daerah Hulu Langat, Klang dan Petaling Perdana mencatatkan jumlah anak yatim tertinggi di negeri ini,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan SUK, di sini hari ini.

Beliau melaporkan jumlah itu ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tuanku, Lim Yi Wei yang meminta maklumat jumlah anak yatim dan yatim piatu dicatatkan di Selangor akibat pandemik terbabit.


Bagaimanapun, Dr. Siti Mariah memaklumkan satu perkembangan baharu akan dimaklumkan kemudian apabila data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor diperoleh.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori