Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Anwar Kesal Kes Keracunan...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Seks Dalam Bilik Persalinan...

SENSASI internet..sebuah video seks yang dirakam di dalam bilik persalinan kedai baju popular,...

Polis Buru Dua Beradik...

PASIR MAS - Polis masih memburu dua beradik bagi membantu siasatan berhubung penemuan...

2 Suspek Kes Tembak...

KANGAR - Dua petani warga Thailand yang disyaki terbabit dalam kes serangan ke...

7 Makmal Laksana Penjujukan Genom, Tiada Varian Omicron Dikesan

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia sehingga kini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pengesahan itu diperoleh melalui kajian penjujukan genom yang dilakukan oleh tujuh makmal termasuk Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).

“Sehingga semalam, sebanyak 5,651 sampel telah dianalisis dan 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta manakala dua sebagai subvarian AY4.2 yang dikesan bulan lepas.

“Sehingga kini, tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di negara ini,” katanya selepas menghadiri Hari Graduasi MYHackathon 2020 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.


Beliau berkata MOSTI akan meneruskan kajian penjujukan genom untuk memantau kemasukan varian baharu ke dalam negara.

Dr Adham turut berkata MGVI akan melaksanakan kajian penjujukan genom terhadap individu yang didapati positif COVID-19 di pintu sempadan negara.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori