Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Tak Faham Sistem Ranking,...

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan...

Ops Inter Agensi Tahan...

TAWAU - Kerjasama baik Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am dan Jabatan...

PM Hadir Majlis Rumah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin...

“Aku Hilang Suami, 3...

GUA MUSANG - "Sedih kehilangan suami belum habis, anak pula meninggal," luah wanita...

Aduan Urus Niaga Dalam Talian Paling Tinggi

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menerima 807 aduan dalam tempoh Januari lalu hingga semalam, yang mana 410 membabitkan penipunan urus niaga dalam talian.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar, Kesihatan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata aduan lain termasuk perkhidmatan mengelirukan dan harga barangan, 295 aduan.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan jual beli dalam talian menjadi pilihan sekali gus jumlah aduan turut meningkat,” katanya selepas pelancaran Pelaksanaan Skim Harga Kawalan Maksimum Keluarga Malaysia, di Pasaraya Econsave Senawang, hari ini.

Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah berkata, bagi tempoh berkenaan sebanyak RM1.3 juta nilai denda dikeluarkan manakala nilai rampasan pelbagai barangan berjumlah RM933,154.


Dalam pada itu, beliau berkata KPDNHEP melantik 108 anggota penguat kuasa dalam usaha meningkatkan keberadaan di lokasi terpilih bagi mewujudkan ruang perniagaan yang selamat.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori