Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Rancangan United Demi...

CRISTIANO Ronaldo menjadi buruan Manchester United yang dilaporkan sudah mempunyai dua rancangan untuk...

Safiey Illias Kini Kembali...

MASIH ingat lagi berita penghijrahan pengasas kosmetik, Safiey Illias yang sebelum ini merupakan...

E-Pengeluaran Mudahkan Pencarum Miliki...

KUALA TERENGGANU - “Mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sekadar jaminan...

Pendakwaan Kes SRC Mohon...

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Adun DAP Tiba Lambat, Terlepas Sesi Angkat Sumpah DUN Melaka

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau Yen dilaporkan tiba lambat dan terlepas sesi mengangkat sumpah pada Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15, hari ini.

Bernama melaporkan seramai hanya 20 daripada 28 Adun yang mengangkat sumpah pada persidangan sidang DUN hari ini, dengan tujuh lain yang tidak hadir ialah Adun Ayer Molek Rahmad Mariman, Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai), Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Adly Zahari (Bukit Katil), Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) dan Muhammad Jailani Khamis (Rembia).

Bekas exco kerajaan negeri Melaka Ibrahim Durum pula mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Melaka yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Usul melantik Ibrahim dikemukakan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.


Usul pelantikan Ibrahim diterima selepas mendapat sokongan majoriti 15 Adun manakala lima Adun berkecuali.

Sementara itu Adun Rim Khaidirah Abu Zahar dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Melaka dan beliau merupakan wanita pertama yang dilantik memegang jawatan itu di Melaka.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori