Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dedah Isteri Curang...

KISAH keretakan rumah tangga bukan lagi menjadi suatu isu yang 'asing' di zaman...

Sentuh Anjing : Mufti...

Nampaknya isu penganjuran program I Want To Touch A Dog (IWTTAD) nampaknya semakin...

Bapa Mengamuk Selepas Anak...

HUBEI – Seorang lelaki mengamuk dengan menikam tiga pelajar sekolah hingga mati sebelum...

Kassim Ahmad, Aktivis Sosial...

PAGI ini, bekas cendekiawan Islam dan aktivis politik tempatan, Kassim Ahmad telah menghembuskan...

Ahli UMNO Wajib Pertahankan Pimpinan Sedia Ada

Desas desus pimpinan UMNO Pro-PPBM melobi UMNO Bahagian supaya mengemukakan usul pemilihan parti diadakan secepat mungkin sebelum PRU-15 semakin kuat didengari.
Objektifnya untuk menyingkirkan tiga pimpinan utama UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda yang berpegang teguh kepada ketetapan parti menolak kerjasama PPBM.
Pimpinan UMNO Pro-PPBM yang dimaksudkan tidak perlu disebut lagi kerana rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah semua sedia maklum siapakah para penjilat PPBM terbabit.
Implikasi perancangan dan konspirasi para broker PPBM tersebut sangat buruk akibatnya kepada masa depan UMNO. UMNO akan dicarik-carik menjadi sebuah parti bertaraf mahacai buat PPBM.
Naratif perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara sejak 75 tahun sudah boleh dilupakan kerana hala tujunya akan bertukar kepada memperkasakan PPBM sebagai parti paling berkuasa.
Pimpinan UMNO Pro-PPBM ini sudah tiada jiwa kepada perjuangan UMNO kerana keutamaan mereka adalah demi kedudukan dan jawatan tanpa mempedulikan apakah nasib UMNO.
Merekalah golongan pembelot dan munafik terulung pernah disaksikan dalam sejarah UMNO menelusuri kebangkitan menentang fitnah dan tipu daya PPBM.
Justeru seluruh ahli akar umbi UMNO berjumlah lebih 3.3 juta orang tiada pilihan lain iaitu wajib berpadu dan bersatu hati menghalang rencana musuh dalam selimut.
Jika komplot pemimpin UMNO Pro-PPBM mengadakan pemilihan parti jadi kenyataan maka pastikan setiap undi perwakilan mempertahankan pimpinan utama UMNO sedia ada.
Abaikan mana-mana ketua atau pimpinan bahagian cuba menghasut atau membeli sokongan anda untuk kluster penjilat PPBM dan singkirkan mereka daripada UMNO.
Mereka ini adalah duri dalam daging yang mahu menyekat kesinambungan kebangkitan UMNO selepas kejayaan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
Ingatlah jika konspirasi mereka berjaya yang senang dan mewah adalah diri mereka semata-mata, manakala kehidupan rakyat dah akar umbi UMNO khususnya akan semakin terhimpit.
Kisah mempertahankan maruah, hala tuju dan jati diri UMNO itu akan menjadi hikayat paling mulia pernah tercatat dalam sejarah perjuangan ahlinya untuk agama, bangsa dan negara.
-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori