Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ingat Tak Tilam Lejen...

INGAT lagi tak pada tilam lejen ni? Lihat, dari segi undang-undang, yang penting bukanlah...

Kanak-Kanak Diajar Merokok, Kejutkan...

RAKAMAN video yang memaparkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan empat tahun ke bawah yang...

Polis Thai Rampas 3.2...

CHIANG RAI (Thailand) - Polis menangkap lapan suspek dan merampas lebih tiga juta...

Jerebu Di Singapura Capai...

SINGAPURA - Jerebu di Singapura mencapai paras tidak sihat pada Khamis, dengan bacaan...

Air Pasang Besar: Elak Aktiviti Pantai Di Terengganu – Polis

KUALA TERENGGANU : Orang ramai dinasihatkan supaya menghindari dan tidak melakukan aktiviti di kawasan pantai sepanjang fenomena air pasang besar yang melanda negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Norhalid Kimi berkata, peringatan dan amaran itu bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang musim tengkujuh.

Katanya, peralihan monsun timur laut yang melanda Terengganu ketika ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan ombak besar.

“Masih ada masyarakat atau komuniti yang hendak berkelah dan bermain air ketika ini. Itu adalah suasana yang merbahaya kepada mereka.

“Setakat ini kita bagi nasihat dan amaran. Bukan kami sahaja, bahkan sesiapa pun, patut bertanggungjawab untuk menasihatkan mereka,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata masyarakat juga perlu peka dengan keadaan semasa sebelum melakukan sebarang aktiviti khususnya di kawasan pantai yang sering menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat fenomena air pasang besar.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam Terengganu mengenal pasti sebanyak 37 lokasi di negeri itu yang dijangka berdepan risiko banjir berikutan fenomena air pasang.


Fenomena air pasang besar dan hujan lebat diramal berlaku 3 hingga 12 Disember ini.

Ia melibatkan tujuh daerah di negeri itu kecuali Hulu Terengganu.

Antara kampung yang dikenal pasti ialah yang terletak di kawasan berhampiran pantai dan sungai.

Sementara itu, Terengganu juga baru melepasi gelombang pertama banjir pada Isnin lalu yang menyaksikan empat daerah terjejas.

Banjir yang melanda bermula Khamis itu menyebabkan seramai 224 mangsa daripada 75 keluarga di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori