Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Amaran AS: Serang Turki,...

WASHINGTON DC - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter telah memberi amaran...

Muhammadu Buhari, Presiden Baharu...

ABUJA - Warga Nigeria mengundi untuk memilih semula bekas diktator tentera berusia 72...

Tak Ada Bangganya Berlagak...

TAK kiralah sama ada kagum dengan watak Al Pacino dalam Scarface atau Edward...

Rosnah Mat Aris Bahagia...

MEMBUKTIKAN bahawa kata-kata sinis pihak yang cuba untuk meruntuhkan rumahtangganya, pelakon Rosnah Mat...

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Hingga Jumaat

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua telah dikeluarkan di kawasan perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Layang-layang, Labuan, Sulu, Palawan, Condore dan Reef North.

Amaran tersebut dikeluarkan disebabkan luruan angin monsun dijangka berlaku sepanjang minggu ini terutamanya di sekitar kawasan perairan laut China Selatan berikutan terdapat satu sistem bertekanan rendah menyebabkan hujan berterusan di beberapa kawasan.

Jelasnya, keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, sukan dan rekreasi laut berikutan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 4.5 meter di kawasan perairan yang berkenaan.

“Angin kencang dari Timur Laut itu turut menyebabkan hujan berterusan di Sabah Timur dan Sarawak Barat bermula esok sehingga Khamis.

“Susulan itu MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada bagi kawasan Sabah Timur termasuk Kudat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Tawau di Lahad Datu,” katanya.


Jelasnya, di Semenanjung Malaysia pula hujan berterusan dijangka berlaku di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan selama dua hari sehingga Khamis.

Oleh itu katanya, orang awam di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada berikutan hujan berterusan dijangkakan boleh berlaku di kawasan yang berkenaan dalam tempoh amaran ini berkuat kuasa.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori