Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jumlah Pampasan HSR Belum...

KUALA LUMPUR - Jumlah pampasan bagi pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala...

Pesawat Terbakar Ketika Mendarat,...

MIAMI: Pasukan pihak berkuasa tiba di Miami semalam untuk menyiasat bagaimana sebuah pesawat...

Siti Kassim Didakwa Halang...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini,...

1,571 Kes Baru, Satu...

Sebanyak 1,571 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,526,298.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Amaran Cuaca Buruk Di 7 Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak yang dijangka berlaku sehingga pukul 11 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di Perak, antaranya adalah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.

“Di Selangor, melibatkan kawasan Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala keseluruhan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat adalah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” katanya di sini hari ini.


Tambah MetMalaysia, keadaan yang sama turut melanda keseluruhan negeri Melaka serta beberapa kawasan di Sarawak seperti Sri Aman, Miri dan Limbang.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah dan mengambil langkah persediaan dalam menghadapi risiko banjir.

K!Online-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori