Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Jumpa 263 Syiling Dan...

MENGEJUTKAN. Pakar bedah yang merawat seorang lelaki terkejut apabila menemui 263 syiling dan...

Dalang Pembunuhan Ngeri Ditahan...

BANGKOK – Setelah diburu selama beberapa bulan, lelaki dipercayai mendalangi pembunuhan kejam seorang...

Plus Beri Rebat 30%...

PETALING JAYA - Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan memberi rebat tol sehingga 30...

Malaysia-Korea Utara Di Gelanggang...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas mahu perlawanan kelayakan Piala...

Amaran Hujan Berterusan Di Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada di Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan.

Amaran hujan berterusan dijangka berlaku sehingga 16 Disember ini melibatkan Terengganu dan Pahang (Kuantan dan Pekan).

Ini diikuti amaran sama sehingga 14 Disember melibatkan Rompin, Pahang selain Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Amaran dari 15 hingga 16 Disember pula melibatkan Kelantan dan Jerantut, Pahang.

Sementara itu, METMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori tiga dengan angin selaju lebih 60 kilometer sejam dan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di Condore dan Barat Reef North.


Amaran kategori dua (angin selaju 50-60 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5-4.5 meter) pula melibatkan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak Barat, Tioman, Utara Bunguran, Timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan.

Amaran kategori pertama (angin selaju 40-5- kilometer sejam dan ketinggian ombak 2.5-3.5 meter) melibatkan Kelantan, Sarawak Utara, Sabah Barat dan Labuan, Sabah Timur, Tenggara Samui, Selatan Bunguran dan Sulu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori