Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tragedi Memali Angkara Amanat...

KUALA LUMPUR - DAP mahu Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi...

Dana 1MDB: AS, Jho...

NEW YORK - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mencapai kata sepakat pelucuthakan sivil...

Proses Penggalian Semula Kubur...

PETALING JAYA - Jenazah Allahyarham bekas CEO Cradle Fund Nazrin Hassan telah dibawa...

Penduduk Lega Ribuan Ulat...

ALOR SETAR - Sebahagian penduduk di Kampung Tepi Laut Tebengau, Mukim Tebengau, di...

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Jeli, Kelantan

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Jeli, Kelantan sehingga Jumaat.

METMalaysia menerusi hantaran di Facebook pada Khamis memaklumkan, status amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Ia turut berterusan di Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), manakala Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan) sehingga Sabtu,” kata hantaran itu.

Sementara itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di negeri Perlis dan Kedah membabitkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik serta Baling.


“Amaran hujan berterusan tahap waspada juga melibatkan Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) serta Johor sehingga Sabtu ini.

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad ini,” menurut hantaran itu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori